BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 26 August 2024

TANAH JERLUS: RADAR MENEMBUSI TANAH (GPR) DIGUNAKAN UNTUK KESAN MANGSA

KUALA LUMPUR: Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah mungkin digunakan untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, dalam operasi mencari dan menyelamat (S…
Read on blog or Reader
Site logo image ALHIJRAH ONLINE Read on blog or Reader

TANAH JERLUS: RADAR MENEMBUSI TANAH (GPR) DIGUNAKAN UNTUK KESAN MANGSA

By BERNAMA on 27 August 2024

KUALA LUMPUR: Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah mungkin digunakan untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Alat yang dilihat sudah berada di lokasi kejadian dipercayai dibawa oleh Agensi Nuklear Malaysia pada 11.15 pagi tadi selain sepasukan teknikal daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang turut hadir membuat pemantauan.

Penggunaan alat itu sebagai usaha membantu mencari mangsa yang masih hilang walaupun kejayaan penggunaan alat itu belum dapat dipastikan.

GPR berfungsi dengan memancarkan gelombang elektromagnetik ke bawah permukaan tanah menerusi pemancar dan mengesan kembali gelombang yang terpantul menggunakan sensor penerima.

Selain itu, alat sama turut diguna pakai dalam kes tanah runtuh di Batang Kali pada Disember 2022.

Dalam perkembangan sama, teknik flushing turut dilaksanakan di end point iaitu di Loji Pantai Dalam oleh Indah Water Konsortium (IWK) dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pemangku Pengarah JBPM Kuala Lumpur Rozihan Anwar Mamat berkata fokus hari ini bagi pencarian wanita warga India itu tertumpu pada end point.

"Hari ini, pasukan SAR teruskan kerja flushing. Fokus di end point Loji Pantai Dalam. Teknik flushing dan pemeriksaan fizikal oleh bomba dan IWK," katanya kepada Bernama hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan mesin jetter atau jet pembetung berkuasa tinggi kini digunakan untuk memecahkan sisa batuan yang terdapat di lurang di hadapan Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini dalam usaha mencari mangsa.

Mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi Jumaat lepas.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian. -- AlHijrah Online

Comment

ALHIJRAH ONLINE © 2024.
Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real‑time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc.
60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110

at August 26, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • November 2025 (4)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.