BadmintonDigest

BadmintonDigest

Monday, 26 August 2024

Tourism Malaysia teruskan kerjasama strategik dan pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit

FOTO LTDL KUALA LUMPUR – Penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL), Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini menerima berita gembira apabila Tourism Malaysia meneruskan Kerjasama Strategik dan menjadi pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit untuk pe…
Read on blog or Reader
Site logo image https://cakapsukan.com Read on blog or Reader

Tourism Malaysia teruskan kerjasama strategik dan pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit

By Admin007 on 26/08/2024

FOTO LTDL

KUALA LUMPUR – Penganjur PETRONAS Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL), Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini menerima berita gembira apabila Tourism Malaysia meneruskan Kerjasama Strategik dan menjadi pemegang jersi Polka Dot Raja Bukit untuk perlumbaan edisi ke-28 tahun ini. 

Ketua Pengarah MSN, Abdul Rashid Yaakub berkata, keputusan Tourism Malaysia meneruskan Kerjasama Strategik ini jelas membuktikan bahawa keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat.

Menurutnya, kerjasama strategik ini telah memberikan pulangan besar kepada nilai promosi, penjenamaan dan pemasaran kepada pihak Tourism Malaysia. 

"Tourism Malaysia akan diberikan penghomatan sekali lagi sebagai pemegang kepada jersi pendahulu "King Of The Mountain" di mana wakil mereka akan menyarungkan jersi pemenang di setiap peringkat perlumbaan" katanya ketika berucap di majlis pengumuman rasmi di Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil, hari ini. 

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Tourism Malaysia, En. Manoharan Periasamy. 

Abdul Rashid turut mengulas, kategori Raja Bukit masih lagi kekal sebagai jersi pelumbaan yang sangat unik dan popular di kesemua perlumbaan utama dunia seperti Tour de France.

Jelasnya, Ia sangat unik bukan sahaja disebabkan kekuatan mutlak seorang pendaki untuk menguasai bukit yang paling tinggi, tetapi juga kebijaksanaan matematik pelumba di dalam mengutip peluang, meloloskan diri dari peloton untuk mencuri mata di zon-zon pendakian kecil selain dari pendakian utama.

"Ini jelas berlaku pada tahun 2023, apabila pelumba Simon Pellaud dari pasukan Tudor berjaya menawan jersi polka dot Tourism Malaysia, walaupun tewas kepada juara keseluruhan Simon Carr dari EF Education di pendakian utama di Genting Highlands. 

"Cuma cabaran kali ini bertumpu di Cameron Highlands dan Simon Pellaud dari pasukan Tudor akan kembali mempertahankan gelaran beliau," ujarnya.

Menurutnya, KBS dan MSN akan meneruskan kerjasama menerusi siaran langsung di penyiar sukan berbasikal nombor satu dunia, Eurosports yang ditonton ratusan juta peminat, selain siaran di televisyen tempatan dan platform media sosial Youtube, Facebook dan TikTok yang mampu membuahkan pulangan berlipat kali ganda daripada jumlah tajaan yang diberikan. 

Beliau turut berkata, kesan viral daripada program sorakan kampung dan sekolah semasa perarakan cavalcade melalui platform Tiktok pada tahun 2023 akan turut diteruskan dan pastinya akan membawa jenama "Cuti-Cuti Malaysia" terus dekat di hati rakyat Malaysia untuk terus memilih destinasi percutian di dalam negara. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy berkata, keputusan untuk bekerjasama dengan Petronas LTdL 2023 pada musim lepas adalah keputusan yang sangat tepat, dan menjelaskan mengapa Kerjasama Strategik antara Tourism Malaysia dan MSN diteruskan untuk tahun 2024. 

"Keputusan untuk menjalin kerjasama ini dibuat berdasarkan keseluruhan pakej pulangan (ROI) yang cukup lengkap, khususnya peluang untuk mempromosikan jenama 'Malaysia Truly Asia' ke seluruh dunia.

"Ini bukan sahaja merangkumi pelbagai tarikan budaya, lokasi, dan pusat pelancongan, tetapi juga menampilkan Malaysia sebagai negara yang makmur, maju, dan progresif dalam usaha membantu Kerajaan menarik minat pelaburan serta perdagangan antarabangsa ke negara kita." 

"Kami juga menghargai penghormatan yang diberikan oleh pihak penganjur sebagai Rakan Strategik dengan hak pemegang jersi polka dot kerana jersi pendahulu kategori Raja Bukit ini amat popular dalam mana-mana perlumbaan besar di seluruh dunia," katanya.

Beliau menambah bahawa selain daripada Kerjasama Strategik ini, Tourism Malaysia akan turut membawa influencer terkenal dari Indonesia dan Thailand untuk mempromosikan LTdL dengan lebih kreatif dan meluas di negara-negara jiran tersebut. 

Tourism Malaysia juga bekerjasama dengan enam agensi pelancongan yang menawarkan 23 pakej pelancongan khas bersempena LTdL 2024. Pakej-pakej ini meliputi destinasi pelancongan popular seperti Langkawi, Pulau Pinang, Melaka, Bukit Tinggi, Cameron Highlands, Kulai, Bintulu, dan Miri. 

Melalui pakej ini, para pelancong bukan sahaja dapat menikmati percutian yang indah di lokasi-lokasi menarik, tetapi juga berpeluang menyaksikan secara langsung perlumbaan berprestij LTdL yang menjelajah seluruh negara.  

Sebanyak 22 pasukan, iaitu tiga pasukan berstatus WorldTeam, tujuh pasukan ProTeam, sembilan pasukan Continental dan tiga pasukan kebangsaan termasuk Malaysia akan bertanding. 

Comment

https://cakapsukan.com © 2024.
Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real‑time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc.
60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110

at August 26, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • November 2025 (4)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.