BadmintonDigest

BadmintonDigest

Sunday, 31 July 2022

[New post] RANG UNDANG-UNDANG KAWAL PRODUK TEMBAKAU TIDAK JEJASKAN EKONOMI NEGARA

Site logo image BERNAMA posted: " Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada temu bual khas dengan media mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Kementerian Kesihatan di sini semalam. PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau da" ALHIJRAH ONLINE

RANG UNDANG-UNDANG KAWAL PRODUK TEMBAKAU TIDAK JEJASKAN EKONOMI NEGARA

BERNAMA

Jul 31

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ketika ditemui pada temu bual khas dengan media mengenai Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 di Kementerian Kesihatan di sini semalam.

PUTRAJAYA: Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang bertujuan mewujudkan  Generasi Penamat (GEG) atau individu lahir 1 Jan 2007 dan seterusnya bebas merokok, tidak akan menjejaskan ekonomi negara.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata berdasarkan kajian mendalam yang dijalankan pihaknya, industri tembakau hanya memberi kesan sebanyak 0.18 peratus sahaja terhadap keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya kehilangan produktiviti negara akibat rokok adalah lebih tinggi berbanding kesan kepada ekonomi, jika dilihat dari segi keilatan.

"Bermakna mereka yang terlibat dalam industri rokok adalah kecil. Jumlah pasaran rokok akan semakin mengecil secara berperingkat iaitu bermula yang lahir 2007, 2008, 2009 dan seterusnya...ia akan ambil masa lama sebelum pasaran itu sangat kecil (mungkin) ia akan ambil masa 20 hingga 30 tahun.

"Kalau sekarang sudah 18 tahun ke atas, boleh hisap rokok (sebelum rang undang-undang itu dikuatkuasakan). Ia tak akan sebabkan kesan secara terus kepada ekonomi kerana ia dikuatkuasakan secara berperingkat, setiap tahun bertambah (individu) tidak boleh merokok tetapi yang sedia merokok akan kekal beli produk rokok," katanya dalam temu bual khas dengan media mengenai rang undang-undang itu di sini.

Rabu lepas, beliau membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, yang memperuntukkan larangan kepada individu yang lahir pada 2007 dan seterusnya merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Khairy berkata Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Kesihatan, Sains dan Inovasi menerusi pertemuan sebelum ini untuk menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang akan menyemak semula rang undang-undang itu.

"PSC itu minta supaya ada tempoh penilaian mandatori, ...saya bagi jaminan kami buat jawatankuasa bebas yang akan semak undang-undang ini dan akan bentang laporan tentang keberkesanan undang-undang ini sebelum GEG dikuatkuasakan pada 2025.

"Saya beri jaminan jawatankuasa ini ditubuhkan dan dilaporkan kepada Parlimen dan bukannya KKM. Selain itu, 10 tahun selepas GEG dilaksanakan, jawatankuasa ini akan buat semakan sekali lagi kalau perlu dipinda akta dan sebagainya," katanya.

Khairy dijadual membentangkan Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin ini manakala sesi perbahasan serta penggulungan bagi rang undang-undang berkenaan pada hari berikutnya.

Menurut rang undang-undang itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang merokok produk tembakau atau produk pengganti tembakau, menggunakan peranti merokok atau memiliki produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.

Selain itu, individu yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya yang membeli produk tembakau, bahan merokok dan produk pengganti tembakau atau peranti merokok juga berdepan hukuman denda tidak melebihi RM5,000, jika sabit kesalahan.

Mengenai kaedah penjualan semua jenis produk rokok, Khairy berkata KKM akan mengadakan libat urus dengan golongan peniaga runcit bagi membincangkan mekanisme terbaik mengenai perkara itu.

"Ada beberapa mekanisme dipertimbangkan KKM seperti kod QR, bacaan kad pengenalan untuk ada aplikasi membeli produk rokok…sesuatu yang mudah dan tidak menyusahkan penjual dan pembeli. Bagi kawasan yang tiada capaian internet, mungkin peniaga perlu tengok kad pengenalan pembeli," katanya.

Bagi penjualan produk rokok serta vape secara dalam talian pula, beliau berkata ia tidak dibenarkan sekiranya Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 berkuat kuasa namun pihaknya akan terus menjalankan pemantauan.

"Dengan adanya rang undang-undang ini memang tidak boleh jual secara dalam talian, vape ataupun rokok. Jadi dengan rang undang-undang ini memang lebih mudah untuk kita cepat ambil tindakan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan sebagainya kerana ia menjadi satu kesalahan...kita boleh sekat," katanya. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/rang-undang-undang-kawal-produk-tembakau-tidak-jejaskan-ekonomi-negara/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at July 31, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Ros Canter and Lordships Graffalo Lead After Dressage at Badminton Horse Trials

Just Published ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • May 2026 (8)
  • April 2026 (10)
  • March 2026 (9)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.