BadmintonDigest

BadmintonDigest

Tuesday, 1 November 2022

[New post] DULU KEDAI TERBAKAR, KINI DILANDA RIBUT PULA

Site logo image Husna Zahrul posted: " Keadaan premis perniagaan dan kediaman yang rosak selepas dilanda ribut semasa tinjauan di Kampung Undang, Bukit Payong. --fotoBERNAMA MARANG: Seorang pengusaha kedai runcit menerima ujian berganda apabila pembinaan semula premis perniagaannya yang te" ALHIJRAH ONLINE

DULU KEDAI TERBAKAR, KINI DILANDA RIBUT PULA

Husna Zahrul

Nov 1

Keadaan premis perniagaan dan kediaman yang rosak selepas dilanda ribut semasa tinjauan di Kampung Undang, Bukit Payong. --fotoBERNAMA

MARANG: Seorang pengusaha kedai runcit menerima ujian berganda apabila pembinaan semula premis perniagaannya yang terbakar pada September lalu musnah dilanda ribut pula di Kampung Undang, Marang semalam.

Rangka bumbung kedai runcit yang baru siap dipasang Khamis minggu lalu diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut bersama hujan lebat pada pukul 2.40 petang itu.

Baharuddin Ismail, 65, berkata, dia kerugian hampir RM70,000 apabila kedai runcitnya musnah dalam kebakaran disebabkan litar pintas pada pertengahan September lalu.

Tambahnya, dia membina semula kedai runcit terbabit dengan kos kira-kira RM15,000 namun tidak menyangka akan ditimpa musibah buat kali kedua.

"Dua kali ribut kuat datang,lebih kurang 10 ke 15 minit macam tu, bumbung habis tercabut. Bumbung baru siap pasang Khamis lepas," katanya.

Baharuddin berkata, dia kini sudah buntu untuk bangkit semula sedangkan kedai runcit berkenaan merupakan mata pencarian utamanya.

Walau bagaimanapun, dia yang mempunyai seorang anak dalam kalangan orang kelainan upaya (OKU) redha dengan ujian Allah dan percaya rezeki akan digantikan dengan lebih baik kelak.

Seorang warga emas, Minah Mat Ali, 69, pula pasrah apabila hampir kesemua atap bumbungnya diterbangkan ribut dalam kejadian itu.

Minah memberitahu tidak sempat berbuat apa-apa selain berlari menyelamatkan diri keluar rumah bersama anak lelakinya, Jamsari Mohamad, 43.

Minah berkata, ini adalah kali pertama rumahnya dilanda ribut setelah hampir 40 tahun menghuninya.

Seorang lagi mangsa ribut, Rosmawati Mohd. Saffi, 46, pula berkata, banyak barang jualan basah setelah sebahagian atap kedai runcitnya turut diterbangkan ribut.

Rosmawati yang merupakan guru Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) berkata, sewaktu kejadian, dia sedang mengajar sebelum dihubungi anak perempuannya berusia 18 tahun yang memaklumkan kejadian ribut berkenaan sambil menangis ketakutan.

"Anak saya telefon saya dalam ketakutan, dia kata ada angin kuat, atap kedai terbang dan barang kedai sudah basah,"

"Ketika keluar memang ribut kuat dan hujan lebat, tetapi saya gagahkan juga kerana bimbang keselamatan anak perempuan, yang seorang diri di kedai," katanya.

Rosmawati berkata ketika tiba di kedai, hujan masih lebat dan beberapa penduduk kampung tumpang berteduh di kedainya mencari perlindungan.

Dalam pada itu, dianggarkan lebih 25 premis perniagaan termasuk kediaman penduduk rosak akibat ribut yang melanda di kampung terbabit. –AlHijrah Online

Comment

Unsubscribe to no longer receive posts from ALHIJRAH ONLINE.
Change your email settings at manage subscriptions.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/dulu-kedai-terbakar-kini-dilanda-ribut-pula/

Powered by WordPress.com
Download on the App Store Get it on Google Play
at November 01, 2022
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Your Weekly Hoofbeat from Everything Horse

Discover the latest equestrian news, members reads & more from Everything Horse ...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • March 2026 (6)
  • February 2026 (6)
  • January 2026 (6)
  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.