BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 1 November 2023

[New post] LAPOR SEGERA JIKA HARGA AYAM TIDAK MUNASABAH

Site logo image BERNAMA posted: " Gambar hiasan --BERNAMA ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat laporan  kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika mendapati harga ayam dan makanan berasaskan ayam didapati tidak munasabah hingg" ALHIJRAH ONLINE

LAPOR SEGERA JIKA HARGA AYAM TIDAK MUNASABAH

BERNAMA

Nov 1

Gambar hiasan --BERNAMA

ALOR SETAR: Orang ramai dinasihatkan supaya segera membuat laporan  kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jika mendapati harga ayam dan makanan berasaskan ayam didapati tidak munasabah hingga membebankan pengguna.

Pengarah KPDN Kedah Affendi Rajini Kanth berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang mengambil kesempatan atas keputusan kerajaan menamatkan subsidi dan kawalan harga ayam berkuat kuasa secara rasmi hari ini.

"Saya juga menerima maklumat kononnya kenaikan harga ayam akan menyebabkan kenaikan harga makanan...tak wajar naikkan harga makanan dengan alasan harga ayam naik. 

"Jika pengguna mendapati ada kenaikan harga (termasuk makanan) yang tak munasabah dan tak masuk akal, sila salurkan aduan...jadilah mata serta telinga KPDN Kedah untuk beri laporan dan kita akan ambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Besar Alor Setar di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya tinjauan KPDN di pasar besar di sini mendapati harga ayam masih berada pada kadar biasa iaitu sekitar RM7.70 hingga RM9.40 sekilogram.

Sementara itu, peniaga ayam, Mohd Lutfi Abdul Ghani, 63, berkata beliau mungkin terpaksa menaikan sedikit harga jualannya jika berlaku peningkatan harga di peringkat orang tengah dan ladang.

"Pakcik ambil bekalan daripada orang tengah bukan ambil terus daripada pembekal, walapun mahal sikit tapi pelanggan pakcik tetap beli. Bagi pakcik, untung sikit pun tak apa asalkan mereka datang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mohd Zakir Zahir, 27, pula berkata keputusan kerajaan menamatkan subsidi tersebut tidak memberi kesan kepada perniagaannya kerana tiada kenaikan di peringkat ladang buat masa ini.

"Bila peladang kata naik, kami naik kalau turun kami turun dan kalau naik pun tak banyak dalam 30 sen atau 20sen. Naik atau turun harga memang tak tentu, setakat ini paling mahal kami pernah jual harga RM9.20 sekilogram dan hari ini RM7.70 sekilogram, harga ini memang murah," katanya.

Pengguna, Hadri Munir Yusof, 37, berkata dalam situasi sekarang, pengguna perlu bijak memilih kedai yang menawarkan harga murah dan pihak berkuasa pula melebihkan pemantauan bagi memastikan peniaga tidak meletakkan harga keterlaluan.

"Walaupun kerajaan sudah bagi hak kepada peniaga (tiada kawalan harga), dalam waktu ini pengguna perlu tinjau dulu harga semasa di pasaran sebelum membeli," katanya. –AlHijrah Online

Comment

Manage your email settings or unsubscribe.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/lapor-segera-jika-harga-ayam-tidak-munasabah/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at November 01, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

  • [New post] 12 High-Earning Side Hustles for Creative People
    admin posted: " Opinions expressed by Entrepreneur contributors are their own. It never hurts to have mu...
  • [New post] Every Website Has a Gift Section—These 40 Items Will Go Out of Stock First
    admin posted: " Not going to lie—one of my favorite things about the holiday season is gift guides. I enjoy maki...
  • [New post] The year space internet takes off
    Admin...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2025 (1)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.