BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 1 November 2023

[New post] MAYAT WARGA EMAS DENGAN 15 KESAN TIKAMAN DITEMUKAN DALAM LONGKANG

Site logo image BERNAMA posted: " KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, di sini hari ini. Ketua Polis Tereng" ALHIJRAH ONLINE

MAYAT WARGA EMAS DENGAN 15 KESAN TIKAMAN DITEMUKAN DALAM LONGKANG

BERNAMA

Nov 1

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan 15 kesan tikaman di dalam longkang di tepi jalan besar berhadapan Pejabat Agama Hulu Terengganu di Kuala Berang dekat Hulu Terengganu, di sini hari ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata mayat mangsa ditemukan  pengawal keselamatan Pejabat Agama Hulu Terengganu yang kemudiannya menghubungi pihak polis pada pukul 4.35 pagi.

Beliau berkata mangsa yang  berusia 65 tahun berasal dari Kuala Berang dan juga pesara kerajaan itu disyaki dilanggar sebelum ditikam di bahagian badan oleh seorang wanita dipercayai rakan kongsi perniagaannya yang bekerja sebagai tukang jahit.

"Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek yang berusia 35 tahun menaiki kereta untuk ke suatu tempat bagi membincangkan hal perniagaan. 

Bagaimanapun berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa keluar daripada kereta sebelum dilanggar oleh suspek wanita yang menaiki kereta Honda Jazz," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, hari ini.

Mazli berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati antara mangsa dan suspek berhubung soal pembahagian keuntungan.

Menurut beliau suspek telah ditahan di kediamannya di Wakaf Tapai dekat Marang kira-kira pukul 11 pagi tadi dan pisau pemotong daging yang disyaki digunakan dalam kejadian itu turut ditemukan berhampiran rumah mangsa.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah  (HSNZ) untuk proses pengecaman dan bedah siasat kira-kira 2.30 petang tadi.

Selain itu polis turut menahan sepasang suami isteri untuk membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memohon perintah reman ke atas suspek di Mahkamah Kuala Terengganu, esok.--AlHijrah Online

Comment

Manage your email settings or unsubscribe.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/mayat-warga-emas-dengan-15-kesan-tikaman-ditemukan-dalam-longkang/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at November 01, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

  • [New post] 12 High-Earning Side Hustles for Creative People
    admin posted: " Opinions expressed by Entrepreneur contributors are their own. It never hurts to have mu...
  • [New post] Every Website Has a Gift Section—These 40 Items Will Go Out of Stock First
    admin posted: " Not going to lie—one of my favorite things about the holiday season is gift guides. I enjoy maki...
  • [New post] The year space internet takes off
    Admin...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2025 (1)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.