BadmintonDigest

BadmintonDigest

Wednesday, 1 November 2023

[New post] NEGARA ARAB KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS KEM PELARIAN JABALIA DI GAZA

Site logo image BERNAMA posted: " ISTANBUL: Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu. Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementeria" ALHIJRAH ONLINE

NEGARA ARAB KECAM SERANGAN ISRAEL KE ATAS KEM PELARIAN JABALIA DI GAZA

BERNAMA

Nov 1

ISTANBUL: Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu.

Arab Saudi menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar mengutuk sekeras-kerasnya serangan Israel terhadap kem Jabalia.

Kenyataan itu menegaskan bahawa "mencegah pertumpahan darah, melindungi orang awam dan menghentikan operasi ketenteraan adalah penting dan tidak boleh ditangguhkan. Kegagalan untuk mematuhinya akan membawa kepada krisis kemanusiaan dengan Israel dan masyarakat antarabangsa perlu bertanggungjawab."

Sementara itu,Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam kenyataan turut mengutuk serangan berkenaan dan menekankan "keperluan gencatan senjata segera untuk mengelakkan pertumpahan darah."

Qatar menggesa masyarakat antarabangsa segera bertindak menghentikan pembunuhan dan kemusnahan.

Kementerian Luar Qatar menjelaskan bahawa insiden itu "meningkatkan ketegangan dan akan menjejaskan usaha rundingan serta mencetuskan lebih banyak ketegangan, keganasan dan ketidakstabilan."

Selain itu, Jordan, Yaman dan Mesir juga berkongsi naratif serupa.

Kementerian Luar Mesir "mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan Israel" dan menyifatkan serangan itu sebagai "pelanggaran secara terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa".

Dalam pada itu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menyeru "masyarakat antarabangsa segera campur tangan menghentikan pencerobohan terbabit."

Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit, juga mengutuk pengeboman Israel ke atas kem Jabalia," dan mengulangi gesaannya untuk menghentikan serta-merta operasi ketenteraan di Gaza. –AlHijrah Online

Comment

Manage your email settings or unsubscribe.

Trouble clicking? Copy and paste this URL into your browser:
https://alhijrahnews.com/negara-arab-kecam-serangan-israel-ke-atas-kem-pelarian-jabalia-di-gaza/

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app to use Reader anywhere, anytime

Follow your favorite sites, save posts to read later, and get real-time notifications for likes and comments.

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com on Twitter WordPress.com on Facebook WordPress.com on Instagram WordPress.com on YouTube
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at November 01, 2023
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Hoofbeat Update from Everything Horse

Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

  • [New post] 12 High-Earning Side Hustles for Creative People
    admin posted: " Opinions expressed by Entrepreneur contributors are their own. It never hurts to have mu...
  • [New post] Every Website Has a Gift Section—These 40 Items Will Go Out of Stock First
    admin posted: " Not going to lie—one of my favorite things about the holiday season is gift guides. I enjoy maki...
  • [New post] The year space internet takes off
    Admin...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • July 2025 (2)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.