BadmintonDigest

BadmintonDigest

Saturday, 1 June 2024

Tun Ali tokoh kepimpinan, tenpin boling persatuan dinamik anugerah SAM-100plus 2023

 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023.  FOTO ISTANA MELAKA Individu yang pernah mewarnai land…
Read on blog or Reader
Site logo image https://cakapsukan.com Read on blog or Reader

Tun Ali tokoh kepimpinan, tenpin boling persatuan dinamik anugerah SAM-100plus 2023

Admin007

June 2

 
Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Rustam dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2023. 

FOTO ISTANA MELAKA

Individu yang pernah mewarnai landskap politik dan pentadbiran negara ini merupakan seorang yang cukup penting dalam arena sukan tanah air. Kecintaan beliau kepada seni mempertahankan diri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Menerajui Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) selama 13 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Meskipun menamatkan khidmat dalam persatuan pada 2023, kecintaannya kepada sukan dapat dibuktikan apabila beliau kini menjadi penaung kepada badan sukan induk itu.

Dalam tempoh kepimpinan Tun Dr Mohd Ali, pelbagai kejayaan diraih skuad karate negara yang sinonim dengan julukan 'lubuk emas' di beberapa temasya sukan seperti Sukan SEA dan Sukan Asia. Dalam tempoh itu juga pencapaian terbaik Malaysia ialah dengan meraih satu perak dan satu gangsa di Kejohanan Dunia WKF 2014 di Jerman.

Peranan Tun Dr Mohd Ali bukan sahaja cemerlang di peringkat tempatan malah turut mendapat pengiktirafan peringkat dunia apabila beliau diangkat sebagai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Karate Dunia (WKF).

Selain MAKAF, Persatuan Silat Malaysia (PESAKA) juga tidak ketinggalan mendapat sentuhan ajaib daripada Tun Dr Mohd Ali yang mengemudi persatuan itu selama 20 yang berakhir pada 2020.

Sepanjang kepimpinan individu berusia 75 tahun itu, PESAKA mencipta deretan gelaran juara dunia.

Sementara itu, Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dipilih sebagai penerima anugerah Persatuan Sukan Dinamik Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023. 

Skuad tenpin boling negara tidak pernah berhenti daripada mencipta pencapaian cemerlang di pentas antarabangsa. Ini sudah pasti terhasil melalui pengurusan strategik dan perancangan terperinci pegawai serta pengurusan MTBC.

Mempertaruhkan barisan pemain hebat diketuai Rafiq Ismail yang kekal memegang gelaran jaguh tenpin boling Asia, pengurusan MTBC jelas mempunyai kredibiliti tersendiri.

Pencapaian empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Asia 2023 dan lapan emas, 11 perak dan enam gangsa di Kejohanan Dunia membuktikan kem boling negara sebagai lubuk emas. 

Kegigihan MTBC memperhebat pencarian bakat muda menjadi faktor kesinambungan rentak kejayaan Malaysia. 

Menurut Naib Presiden SAM, Mohd Hazreen Mubarak, pemilihan Tun Dr Mohd Ali sebagai penerima Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023 adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan beliau dalam sukan seni mempertahankan diri.

Pemilihan MTBC adalah berdasarkan pencapaian membanggakan serta komitmen persatuan untuk melahirkan bakat-bakat baharu dalam sukan tenpin boling sekali gus memastikan boling terus menuai emas di pentas antarabangsa.

"Penglibatan Tun Dr Mohd Ali Rustam dalam arena sukan tidak dapat disangkal. Ia dapat dibuktikan dengan kejayaan kepimpinannya berjaya memacu MAKAF dan PESAKA lebih dikenali di peringkat antarabangsa.

"MTBC tidak pernah gagal untuk memenuhi jangkaan dan menjadi antara penyumbang utama dalam kejohanan Sukan SEA dan Asia. Tidak ketinggalan juga semua kejohanan rasmi yang diiktiraf - Asia, Kejohanan Dunia dan malah menguasai sepenuhnya liga Profesional Eropah," kata Mohd Hazreen yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Anugerah.

Selain mengiktiraf atlet cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2023, turut diraikan pada Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2023 adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000.

Anugerah dibahagi kepada enam kategori - Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.

Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.

Turut dipertandingkan Anugerah Pengulas Sukan Popular dengan enam calon telah dikenal pasti dan pemenang ditentukan menerusi undian ramai secara dalam talian.

Comment

https://cakapsukan.com © 2024. Manage your email settings or unsubscribe.

WordPress.com and Jetpack Logos

Get the Jetpack app

Subscribe, bookmark, and get real-time notifications - all from one app!

Download Jetpack on Google Play Download Jetpack from the App Store
WordPress.com Logo and Wordmark title=

Automattic, Inc. - 60 29th St. #343, San Francisco, CA 94110  

at June 01, 2024
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Merry Christmas from Everything Horse (and thank you)

Thanks for reading, sharing, and supporting us this year. Here's to a brilliant 2026...

  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...
  • Hoofbeat Update from Everything Horse
    Check out the latest equestrian news stories, event reports & more from Everything H...

Search This Blog

  • Home

About Me

BadmintonDigest
View my complete profile

Report Abuse

Blog Archive

  • December 2025 (6)
  • November 2025 (5)
  • October 2025 (7)
  • September 2025 (6)
  • August 2025 (6)
  • July 2025 (4)
  • June 2025 (8)
  • April 2025 (1)
  • February 2025 (1)
  • January 2025 (1)
  • December 2024 (1)
  • September 2024 (10)
  • August 2024 (2728)
  • July 2024 (3224)
  • June 2024 (3084)
  • May 2024 (3246)
  • April 2024 (3145)
  • March 2024 (3253)
  • February 2024 (3053)
  • January 2024 (3254)
  • December 2023 (3258)
  • November 2023 (3196)
  • October 2023 (3255)
  • September 2023 (3159)
  • August 2023 (3174)
  • July 2023 (3163)
  • June 2023 (3074)
  • May 2023 (3157)
  • April 2023 (3054)
  • March 2023 (3122)
  • February 2023 (2742)
  • January 2023 (3089)
  • December 2022 (3178)
  • November 2022 (3142)
  • October 2022 (3015)
  • September 2022 (3003)
  • August 2022 (2944)
  • July 2022 (3012)
  • June 2022 (3137)
  • May 2022 (3239)
  • April 2022 (3140)
  • March 2022 (3193)
  • February 2022 (2957)
  • January 2022 (3229)
  • December 2021 (3104)
  • November 2021 (3152)
  • October 2021 (3242)
  • September 2021 (1788)
Powered by Blogger.